KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan lemas manakala dua rakannya selamat selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Bekelah, Gambang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Harun Mahmud, 20, ditemukan pasukan bomba di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter, pada 12.54 tengah hari.
"Mangsa (Harun) dikatakan ke sungai itu pada 11 pagi untuk beriadah bersama enam rakan dengan berkonvoi motosikal. Mereka tiba di sungai itu 30 minit kemudian dan mangsa serta dua rakannya dikatakan mahu mandi di tempat lebih dalam.
"Mereka dikatakan dihanyutkan arus, namun dua rakan mangsa dapat berpaut pada dahan pokok manakala mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) hilang menyebabkan rakannya menghubungi talian kecemasan," katanya yang dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat Harun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024

Mayat Harun Mahmud ditemukan pasukan bomba di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter, pada 12.54 tengah hari. - Gambar hiasan

Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan
Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat Musliandee Mustafa Kamal dijumpai pada 4.25 petang Rabu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin beroperasi semula di Hospital Al-Quds
Hospital itu akan mula menerima pesakit yang cedera, sakit serta pelawat mulai Jumaat depan pada 9 pagi, walaupun mengalami kerosakan.

Ribuan rakyat Israel berhimpun, protes tindakan Netanyahu kembali serang Gaza
Pengkritik menuduh Netanyahu mengutamakan kelangsungan politiknya dan memperkukuh kerajaan sayap kanannya berbanding kepentingan negara.

Ribuan rakyat Israel berhimpun, protes tindakan Netanyahu kembali serang Gaza
Pengkritik menuduh Netanyahu mengutamakan kelangsungan politiknya dan memperkukuh kerajaan sayap kanannya berbanding kepentingan negara.

Israel bunuh 60 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam
Serangan Israel di Gaza disifatkan 'melebihi apa yang mampu ditanggung rakyat Palestin.'

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta
Pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains.

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
DAC, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, kini melalui transformasi selari dengan pindaan akta.

Alam Flora galak pengunjung bazar bawa beg guna semula demi kelestarian alam
Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, menyeru orang ramai agar membawa beg guna semula dan bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Lelaki lemas di Air Terjun Batu Berangkai
Kam Kah Kit yang berumur sekitar 20 tahun maut selepas lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar pada Jumaat.