Lelaki lemas ketika kutip bunga teratai dalam lombong di Sungai Siput
Abd Razak Mohd Ali
Oktober 21, 2020 12:10 MYT
Oktober 21, 2020 12:10 MYT
SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki ditemui lemas selepas dikatakan terjatuh ketika mengutip bunga teratai di sebuah lombong di Taman Muhibbah Jaya dekat sini, hari ini.
Mangsa, M L Jayasingam, 51 tahun, telah pergi ke lombong itu bersama seorang rakan, yang kemudiannya memaklumkan ternampak mangsa terjatuh ke dalam lombong.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.27 pagi.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, seorang saksi menyatakan bahawa rakannya telah terjatuh ke dalam lombong.
“Kerja-kerja pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ telah dilakukan oleh anggota dengan bantuan Pasukan Pencarian di Air (PPDA) Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan.
Jurucakap itu berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 10.15 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#lemas
#jatuh
#lombong
#Kuala Kangsar
#Sungai Siput
#Taman Muhibbah Jaya
#teratai
#pencarian
#bomba
#polis
#mayat
#mangsa