Lelaki jerut kucing dipenjara 15 bulan
Sinar Harian
Jun 15, 2019 11:06 MYT
Jun 15, 2019 11:06 MYT
Perbuatan kejam seorang pekerja gerai yang tergamak menjerut seekor kucing jantan sehingga mati dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Wangsa Maju baru-baru ini terbalas apabila dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah menjerut kucing jantan itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di hadapan sebuah rumah.
Lelaki itu diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.
#Al Azri Norhisham
#bunuh kucing
#jerut kucing
#kucing jantan
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
#Rohatul Akmar Abdullah
#tali rafia