Lelaki hilang dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Muda
Adie Sufian Zulkefli
Julai 7, 2019 19:18 MYT
Julai 7, 2019 19:18 MYT
Seorang lelaki berusia 30-an dipercayai hilang ketika sedang mandi bersama rakannya di Sungai Muda, pada Ahad.
Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa bersama rakan sedang berenang di dalam sungai terbabit.
Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, mereka pergi ke sungai tersebut dari Kampung Sidam Kanan kira-kira jam 12 tengahari.
Katanya, mangsa telah berenang ke tengah sungai, sebelum lemas secara tiba-tiba dan tenggelam.
Rakannya kemudian berenang ke arah tebing bagi mengambil sampan, namun mangsa terus hilang di dalam sungai.
Dia kemudian meminta bantuan orang kampung yang bertindak menghubungi polis dan Bomba Sungai Petani.
Sementara itu, menurut Ketua Cawangan PGO JBPM Kedah, Penguasa Bomba Tuan Zamani Ismail, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tikam Batu dan Unit Penyelamat Di Air (PPDA) yang mendapat maklumat bergegas ketempat kejadian.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mencari mangsa sedang giat dijalankan.