Lelaki hidap masalah mental dijumpai mati tergantung pada pokok
Astro Awani
Oktober 6, 2018 18:42 MYT
Oktober 6, 2018 18:42 MYT
Seorang lelaki dijumpai mati tergantung pada dahan pokok di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang.
Mayat lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan di belakang rumah oleh adik iparnya pada jam 6.30 pagi setelah menyedari dia tidak pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Mazlan Hassan berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki itu pada jam 7.15 pagi.
Menurut Mazlan, lelaki yang menetap di Kangar, Perlis itu dipercayai pulang ke rumah adik iparnya sejak tiga minggu lalu untuk menemui tiga anaknya di Felda Jengka 21, Maran.
Mazlan berkata rekod kesihatan mendapati lelaki itu merupakan bekas penagih yang menghidap masalah mental dan bergantung dengan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#bedah siasat
#bekas penagih
#Felda Jengka 21
#Hospital Jerantut
#masalah mental
#mati mengejut
#Mazlan Hassan
#penemuan mayat
#rekod kesihatan