Lelaki gantung diri, bunuh tiga anak kelihatan resah - Ibu mertua
Adie Sufian Zulkefli
November 20, 2017 19:39 MYT
November 20, 2017 19:39 MYT
Tindakan seorang lelaki bertindak menggantung diri dan membunuh tiga anaknya kelihatan resah dan muram sejak beberapa hari lalu.
Ibu mertua lelaki itu berkata menantunya juga tidak banyak bercakap ketika mereka makan malam terakhir bersama semalam.
“Ketika makan malam semalam, dia tidak berbual panjang seperti kebiasaan. Namun, padapukul 5 pagi tadi saya terdengar suara cucu saya menangis tetapi tidak mengesyaki apa-apa.
“Namun, hingga mereka berempat tidak turun bersarapan pagi dan makan tengah hari, saya bergegas ke bilik tidur dan terkejut melihat menantu tergantung manakala tiga cucu saya sudah mati,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.
Difahamkan, lelaki itu bertindak demikian akibat bebanan hutang.
Ketika ditanya sama ada menantunya yang merupakan kontraktor mempunyai masalah hutang, wanita tersebut enggan mengulas lanjut.
Isteri lelaki terbabit yang juga merupakan anak wanita itu dikatakan meninggal dunia pada awal bulan lalu.
Sementara itu, salah seorang anak mangsa hasil perkahwinan dengan isteri pertama ketika ditemui memberitahu bapanya kelihatan gelisah dan resah sejak beberapa hari lalu.
Malah katanya, mendiang bapanya juga beberapa kali berpesan supaya dia menjaga ibu dan adiknya dengan baik.
#anak
#bunuh
#bunuh anak
#bunuh diri
#gantung diri
#ibu mertua
#Jalan Perdana Height
#lelaki
#mangsa
#mati
#meninggal dunia
#perkahwinan
#Sungai Petani
#wanita