Lelaki ditemukan mati tergantung di flat Kampar

Aida Aziz
November 19, 2019 02:41 MYT
Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah flat di Taman Julong, di sini, hari ini. -Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah flat di Taman Julong, di sini, hari ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada pukul 7.24 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar bergegas ke lokasi.
"Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa India tergantung pada tali di penghadang besi di tingkat tiga rumah flat tersebut.
"Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan, Hariri Kamaruddin, anggota yang bertugas bertindak mengangkat mangsa dari tempat dia tergantung dan memotong tali tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mendiang diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#Hariri Kamaruddin #JBPM Perak #lelaki tergantung #penghadang besi