Lelaki ditemui mati di dalam bot nelayan
Sharom Abu Bakar
Mac 11, 2019 07:31 MYT
Mac 11, 2019 07:31 MYT
Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah bot nelayan di jeti nelayan, Kampung Nibong, Dungun pada Isnin.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Azmi Sulaiman, 48 tahun, ditemui terbaring oleh majikannya kira-kira jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah memaklumkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada di bot berkenaan selama tiga hari bagi membaiki enjinnya yang mengalami kerosakan.
Tambahnya, majikan mangsa yang tiba di jeti tersebut cuba mengejutkannya namun mangsa tidak memberi sebarang respon.
Bimbang dengan keadaan itu, majikan mangsa kemudiannya menelefon talian kecemasan 999 bagi memaklumkan berkenaan kejadian tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut terhadap mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik, Hospital Dungun untuk dibedah siasat.