Lelaki ditemui mati dengan hanya berseluar dalam mungkin dibunuh

Astro Awani
September 12, 2019 15:10 MYT
Bedah siasat yang dilakukan juga mendapati ada kesan luka yang mendalam di pergelangan tangan kiri yang disebabkan oleh objek tajam. - Foto PDRM
Polis hari ini percaya mayat seorang lelaki yang dijumpai terapung dengan hanya memakai berseluar dalam di perairan sungai pasai, Teku dekat sini pada 4 September lepas berkemungkinan mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, bedah siasat yang dilakukan pada mayat tersebut telah selesai pada jam 7.00 malam semalam.
"Keputusan bedah siasat yang dilakukan oleh pihak forensik menyatakan ada kesan kecederaan akibat trauma tumpul dan senjata tajam pada mayat," katanya di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, bedah siasat yang dilakukan juga mendapati ada kesan luka yang mendalam di pergelangan tangan kiri yang disebabkan oleh objek tajam.
BACA: Mayat tanpa tangan dan kaki kiri ditemui terapung
Selain itu, mayat itu juga dipercayai warga asing memandang tidak terdapat atau tanda suntikan BCG pada kedua belah bahu mangsa.
Susulan itu, polis telah menglasifikasikan semula kes tersebut yang akan disiasat di dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, pihaknya juga masih menunggu doktor patologi untuk melakukan bedah siasat terhadap seorang lagi mayat yang dijumpai terapung tanpa tangan dan kaki kiri di perairan sungai rajang pada 8 september lalu.
"Saya telah dimaklumkan bedah siasat terhadap kes mayat kedua ini akan dilakukan selewat-lewatnya pada minggu depan,' ujarnya.
#berseluar dalam #dibunuh #mangsa #mati #mayat #mayat terapung #polis #Sibu #warga asing
;