Lelaki ditemui mati dalam lori

Sinar Harian
Disember 13, 2021 21:45 MYT
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam lori di tengah jalan Tali Air 3, Sungai Burong, di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
TANJONG KARANG: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah lori di jalan Tali Air 3, Sungai Burong, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima laporan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu pada jam pada jam 9.20 pagi.
"Lelaki terbabit disyaki meninggal dunia di lokasi kejadian. Punca kematian masih disiasat," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Tambah beliau, mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.
*Berita asal di Sinar Harian
#mati dalam lori #Sungai Burong #Ramli Kasa #Hospital Tanjong Karang