Lelaki ditahan mengaku ahli militan Daish, dakwa bawa bom

Hakim Rahman, Mariah Ahmad
Januari 20, 2016 23:07 MYT
Teksi yang dinaiki suspek untuk ke kem Kementah di Jalan Semarak. - Gambar fail
Seorang lelaki yang mengaku anggota kumpulan militan Daish dan mendakwa memiliki bom ditahan pihak berkuasa di ibu negara pada Rabu malam.
Lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan di balai pengawal di hadapan kem Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Roy Suhaimi Sarif, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan berkemungkinan mengalami masalah mental.
Beliau juga berkata bahan yang didakwa lelaki berkenaan sebagai bom sebenarnya bukan bahan letupan.
Ketika kejadian pada jam 7.45 malam, lelaki berkenaan yang juga penumpang sebuah teksi mendakwa dia membawa bom, sedangkan ia adalah alat pengecas semula bateri peranti mudah alih.
#bom #lelaki #masalah mental #militan
;