SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam penipuan jual beli baucar penginapan sebuah hotel yang tidak wujud sehingga melibatkan kerugian RM24,440.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata, bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ke atas lelaki berumur 56 tahun itu di Ampang, Selangor pada 5 Februari lepas.
"Turut dirampas ialah dua unit telefon bimbit dan sekeping kad ATM Maybank milik suspek. Hasil siasatan mendapati terdapat 13 laporan polis lain bersangkut dengan kes ini dan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM24,440," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan telah diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan suspek akan dituduh dalam masa terdekat.
Aibee berkata lelaki tersebut aktif dalam sindiket penipuan itu sejak dua tahun lepas susulan laporan polis diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Nilai pada 21 Ogos 2020.
Katanya menurut laporan itu, seorang guru kerugian RM1,214 dalam urusan pernipuan jual beli baucar penginapan Hotel Lexis Hibiscus selepas menyedari baucar diberikan tidak sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan modus operandi penjualan baucar penginapan hotel yang jauh lebih murah daripada harga asal dan masyarakat perlu membuat semakan terlebih dahulu kepada agensi perhotelan atau agensi pelancongan sebelum membuat pembelian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan modus operandi penjualan baucar penginapan hotel yang jauh lebih murah daripada harga asal. - Gambar fail
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi "keldai akaun" kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Salah seorang mangsa telah membuat 33 transaksi ke dalam beberapa akaun bank termasuk milik suspek membabitkan jumlah melebihi RM70,000.
Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK
Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor pada Rabu lepas.
Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan
Kesemua mereka itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana yang berfungsi sebagai pusat panggilan.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000
Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
“Ibarat macam berbual, tapi itu bukan saya” - Jadi sasaran scammer, Aaron Aziz buat laporan polis dan aduan MCMC
Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam satu sindiket penipuan.