PADANG BESAR: Cubaan seorang lelaki untuk memboloskan diri ke negara jiran selepas dikesan menyeludup dadah ke negara ini gagal selepas polis memberkasnya dan merampas 16 kilogram ganja bernilai RM49,600 di sekitar laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand, di sini Rabu lalu.
Kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar membuat intipan berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di belakang sebuah bangunan di Kampung Melayu Padang Besar.
Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan ganja menerusi Ops Tapis Khas, anggota polis yang bertugas ternampak seorang lelaki sedang berjalan kaki sambil membawa sebuah kotak menggunakan ‘laluan tikus’ di sekitar kawasan pagar keselamatan berkenaan.
“Suspek dipercayai baharu sahaja memasuki negara ini dari negara jiran menggunakan ‘laluan tikus’ yang sengaja dirosakkan di kawasan pagar sempadan itu dan menyedari kehadiran polis, suspek segera mencampakkan kotak berkenaan.
“Dia kemudian cuba melarikan diri untuk memasuki semula negara jiran menerusi ‘laluan tikus’ di kawasan pagar sempadan yang terletak sekitar 100 meter dari lokasi dia mencampakkan kotak itu namun kecekapan anggota kita, berjaya menangkapnya,” katanya pada sidang media di IPD Padang Besar, di sini pada Jumaat.
Katanya, selepas ditangkap, polis melakukan pemeriksaan dalam kotak yang ditinggalkan oleh suspek itu dan menjumpai 16 ketulan mampat dibaluti plastik disyaki dadah jenis ganja.
“Siasatan awal kita mendapati, suspek adalah pekerja rencam warga tempatan berusia 23 tahun dan dipercayai sudah aktif mengambil upah membawa masuk dadah ke negara ini sekitar November tahun lalu dimana untuk tugasan ini pula, dia dipercayai dibayar kumpulan sindiket dengan harga RM600 bagi satu ketulan mampat ganja itu.
“Bekalan ganja ini dipercayai menjadikan Perlis sebagai transit sebelum dibawa dan dipasarkan ke kawasan selatan tanah air dan bekalan ganja ini boleh digunakan oleh 32,000 penagih dadah di negara ini.
“Kita percaya nilai pasaran bagi setiap ketulan mampat ini adalah RM3,100 dan semakan rekod jenayah lampau suspek juga mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah,” katanya.
Beliau berkata, saringan ujian air kencing suspek juga mendapati dirinya positif dadah jenis syabu.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan adalah sekitar RM49,600 dan suspek direman selama seminggu sehingga 30 Januari hadapan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 26 2024
![Lelaki ditahan cuba seludup 16 kilogram ganja di Padang Besar Lelaki ditahan cuba seludup 16 kilogram ganja di Padang Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706244418_TBseludupganjaj.jpg)
Baderulhisham menunjukkan bungkusan ganja yang dirampas pada sidang media di IPD Padang Besar, di Padang Bedar pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Buruh didakwa edar 16kg kanabis Buruh didakwa edar 16kg kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707127637_TBMAHKAMAHKANGAR.jpg)
Buruh didakwa edar 16kg kanabis
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 16 kilogram (kg) kanabis di Padang Besar.
![Pekerja rencam berdepan hukuman gantung, didakwa edar syabu RM19 juta Pekerja rencam berdepan hukuman gantung, didakwa edar syabu RM19 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705984897_MohdFazliAzizdad.jpg)
Pekerja rencam berdepan hukuman gantung, didakwa edar syabu RM19 juta
Seorang pekerja rencam berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selepas dihadap ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu di Padang Besar.
![Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705658936_TBFRIMjpg.jpg)
Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM
Penemuan dadah jenis syabu seberat 528 kilogram (kg) bernilai RM19 juta di Padang Besar yang dilaporkan media pada 15 Jan lepas, bukan berada di dalam kawasan FRIM.
![Polis tumpas sindiket jadikan Hutan Simpan FRIM tempat simpan dadah, rampas syabu RM19 juta Polis tumpas sindiket jadikan Hutan Simpan FRIM tempat simpan dadah, rampas syabu RM19 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705302132_TBPDRMjpg.jpg)
Polis tumpas sindiket jadikan Hutan Simpan FRIM tempat simpan dadah, rampas syabu RM19 juta
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan Hutan Simpan Persekutuan FRIM di Padang Besar sebagai tempat transit menyembunyikan dadah.
![Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699600959_TBmilikipistolj.jpg)
Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 70 kilogram (kg) dadah jenis kanabis.
![Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693913843_HandcuffGari.jpg)
Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif merempuh sebuah kereta polis di hadapan Taman Kastam pada Ahad (3 Sept).
![Letupan kedua di landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar bukan kecuaian - Polis Letupan kedua di landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar bukan kecuaian - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670341470_Keretaapibom.jpg)
Letupan kedua di landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar bukan kecuaian - Polis
Polis Thailand menyangkal dakwaan letupan kedua yang berlaku di landasan kereta api Sadao sehingga mengorbankan tiga pekerja pada Selasa disebabkan kecuaian skuad pemusnah bom.
![3 maut dalam letupan bom terbaharu landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar 3 maut dalam letupan bom terbaharu landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670317045_Keretaapibom.jpg)
3 maut dalam letupan bom terbaharu landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar
Tiga pekerja SRT maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lepas di Sadao, Songkhla.
![Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden bom landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden bom landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670080208_TBketapihatyai.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden bom landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar
Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden bom landasan kereta api di Sadao, Thailand petang tadi.
![Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670073317_TBketapihatyai.jpg)
Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom
11 gerabak kereta api kargo tergelincir selepas landasannya dibom dalam kejadian antara stesen Hat Yai dan Padang Besar.