KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki warga tempatan berumur 41 tahun itu ditahan pada 3.20 petang semalam di Taman Desa Budiman, Bedong, Kedah.
Beliau berkata polis menerima laporan berhubung perkara itu dan mengerahkan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk menahan lelaki yang bekerja sebagai tukang urut itu.
"Akaun Facebook suspek dikenali sebagai 'Joe Jebat Tajudin' telah menulis hantaran berbaur ugutan itu Sabtu lepas," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah itu direman empat hari bermula hari ini sehingga Khamis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sementara itu, ditanya mengenai kes Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum) dalam ceramahnya di Johor baru-baru ini, Mohd Shuhaily berkata polis akan memanggil Abdul Hadi dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.
"Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PDRM juga telah menghubungi beliau (Abdul Hadi) untuk bertanyakan bila beliau ada masa lapang untuk disoal siasat berhubung kes ini," katanya.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat hari ini mengesahkan telah menyiasat kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang
Dua lelaki ditahan bersama selaras senapang patah dan sebilah parang selepas video mereka mengacukan senjata itu tular di media sosial baru-baru ini.

Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU
Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang
Mereka menerbangkan dron di kawasan penyokong berkumpul dalam anggaran 70 meter dari luar pusat penamaan P59 Bukit Gantang.