Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN

Bernama
Disember 13, 2016 23:15 MYT
KHALID: Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di KLIA. - Gambar fail
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Suspek lelaki disyaki perancang utama dalam kes pembunuhan itu ditahan di KLIA petang tadi," katanya kepada Bernama.
BACA: Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
BACA: Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Khalid turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak susulan perkembangan itu.

Syabas JSJ @PDRMsia S'wak bjaya kesan dan tkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi. #GoPDRMGo

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Syabas JSJ @PDRMsia Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi. #GoPDRMGo," kata Khalid dalam
laman Twitter beliau.
Kayong, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri.
-- BERNAMA
#Bekenu #Bill Kayong #Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak #Khalid #mati ditembak #PKR #S. Dev Kumar
;