Lelaki dipercayai terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang
Astro Awani
Oktober 26, 2016 18:56 MYT
Oktober 26, 2016 18:56 MYT
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi selasa.
Kejadian disedari kira-kira jam 8.30 pagi selepas penemuan sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta sebuah telefon bimbit di 11.3km di jambatan berkenaan.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Sukri Saad, 38, dikatakan memandu motosikal dan meninggalkannya di lokasi berkenaan bersama telefon bimbit, sebelum menghilangkan diri.
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.40 pagi, mengenai seorang lelaki yang dipercayai terjun di 11.3km jambatan berkenaan arah Batu Maung.
Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal ditinggalkan di lokasi terbabit.