Lelaki dipercayai tembak mati pengawal keselamatan diberkas

Sinar Harian
Mac 11, 2022 00:19 MYT
Pada Jumaat, suasana di sekitar kawasan Puchong Prima gempar apabila seorang pengawal keselamatan maut, manakala rakannya cedera ditembak berhampiran sebuah bank di sini. - Gambar/ Sinar Harian
PUCHONG: Polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek diberkas di sekitar kawasan Shah Alam kira-kira jam 7 malam.
"Suspek merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an.
"Siasatan awal dijalankan mendapati suspek ini bergerak seorang diri, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Pada Jumaat, suasana di sekitar kawasan Puchong Prima gempar apabila seorang pengawal keselamatan maut, manakala rakannya cedera ditembak berhampiran sebuah bank di sini.
Abd Khalid dilapor berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.
"Bagaimanapun, suspek yang menembak mangsa berjaya meloloskan diri," katanya.
"Sasatan masih dijalankan sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank berkenaan," katanya.
Artikel asal disiarkan Sinar Harian.
#tembak mati pengawal keselamatan #Puchong Prima #polis tahan suspek #operasi polis
;