Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai dipukul di sebuah kedai bundle di Jalan Merlin, Tampin dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata berdasarkan siasatan mangsa dibunuh kerana dipercayai mencuri sepasang kasut sukan jenama Adidas berharga RM200 dari premis berkenaan.
"Pada 4.45 pagi tadi, semasa pengadu iaitu abang mangsa melalui Jalan Batu Satu Seremban, Tampin dari arah Seremban, pengadu terserempak dengan sekumpulan orang ramai di tepi jalan, pengadu telah berhentikan kenderaan dan mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan.
"Kemudian pengadu dapati mangsa adalah adik lelakinya yang berumur 27 tahun, kemudian pengadu telah bawa mangsa ke hospital Tampin dan dapatkan rawatan, semasa di hospital, doktor mengesahkan adik pengadu telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hamazah berkata hasil siasatan mendapati sebelum kejadian berlaku, satu laporan polis telah diterima kira-kira 2 pagi tadi, berkenaan pemilik kedai (B1) telah berjumpa seorang lelaki bernama Wan (si mati) yang masuk ke dalam kedainya bersama seorang perempuan dan mendapati mangsa memakai kasut Adidas berwarna biru sebelum bertanyakan kepada mangsa.
"Mangsa mungkin mencuri kasut tersebut dengan cara menyarungkan kasut berkenaan bagi mengelakkan perbuatannya itu disedari.
"Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki berusia 30 hingga 34 tahun iaitu pemilik kedai, dua pekerja kedai termasuk abang mangsa sendiri. Abang mangsa turut ditahan berikutan terdapat saksi polis nampak dia turut menendang mangsa," katanya.
Hamazah berkata bagaimanapun punca kejadian serta suspek sebenar yang memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian, masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Tiada rakaman kamera litar tertutup di premis tersebut tetapi siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2017
Mangsa dibunuh kerana dipercayai mencuri sepasang kasut sukan jenama Adidas berharga RM200 dari premis berkenaan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
Wanita OKU diselamat selepas dipukul, diculik jiran warga Bangladesh
Seorang wanita OKU diculik, dipukulserta dikurung oleh dua lelaki warga Bangladesh yang juga jirannya di dalam sebuah bilik di Ayer Keroh.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Pekerja cuci kereta maut dipukul rakan sekerja
Hasil pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala.
Lelaki warga Myanmar dilaporkan maut akibat dipukul
Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar dilaporkan maut akibat dipukul beberapa individu di Sungai Chalit, Sungai Ruan di Raub, Selasa lepas.
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul
Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta mengalami kecederaan selepas dipukul.
Lelaki gelandangan maut dipercayai dipukul
Mangsa dipercayai dipukul serta ditendang dan polis telah menahan suspek yang juga gelandangan berusia 51 tahun dalam masa yang singkat.
Lelaki tular terbaring di tepi jalan dipercayai dipukul, disamun
Polis berkata isteri lelaki itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian, dan lelaki itu kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.
Lelaki maut dipukul beramai-ramai di Kuil Emas
Lelaki berkenaan dikatakan telah memasuki kawasan larangan di mana terletaknya kitab suci penganut agama Sikh, Guru Granth Sahib.
4 ditahan polis kes pukul, ugut bunuh 'bodyguard' kerana puasa
Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir, kerana berpuasa.
Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.