Lelaki dikhuatiri lemas ketika aktiviti riadah di Taman Rekreasi Alor Lempah

Bernama
Ogos 6, 2023 15:15 MYT
PPDA JBPM Selangor telah tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan operasi pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air lima meter. -Twitter Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas ketika beriadah di sungai Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.54 pagi tadi dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi tersebut.
"Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang yang telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja mencari mangsa.
"PPDA JBPM Selangor telah tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan operasi pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air lima meter," menurut kenyataan JBPM Selangor.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pencarian mangsa masih dijalankan.
-- BERNAMA
#dikhuatiri lemas #Taman Rekreasi Alor Lempah #Kuala Kubu Bharu #PPDA
;