Lelaki dalam misi menghantar makanan ke rumah panjang, ditemui lemas
Lynch Cowan
April 9, 2020 19:45 MYT
April 9, 2020 19:45 MYT
Hasrat murni seorang lelaki membantu misi menghantar bekalan makanan ke rumah panjang di Sungai Nilau, Ulu Julau berakhir tragedi.
Mazian Seliong, 35, hilang selepas perahu yang dinaikinya karam ketika dalam perjalanan pulang sekitar jam 5 petang Selasa lalu.
Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), mayatnya ditemui petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Julau, DSP Ismuni Umar berkata mayat berkenaan ditemui penduduk kampung yang terlibat dalam operasi SAR di Lubok Dabai, Sungai Ensiring pada jam 2.15 petang.
Operasi SAR turut dibantu anggota Bomba, Polis, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk rumah panjang.
Dalam kejadian Selasa lepas, perahu yang dinaiki mangsa bersama dua lagi petugas barisan hadapan dilaporkan karam berhampiran Nanga Senyuruk di Ulu Ensiring
Dua rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
#bantuan
#bomba
#hilang
#Julau
#karam
#lemas
#mayat
#PKP
#polis
#Rumah panjang
#Sarawak
#Sarikei
#terbalik