Lelaki dakwa dibesar menyaksikan ayah selalu pukul ibu
Shafizan Johari
Disember 5, 2013 14:01 MYT
Disember 5, 2013 14:01 MYT
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan si suami bertindak mengelar isterinya sebanyak 18 kali.
Sebenarnya kes keganasan rumah tangga ini bukan satu kes terpencil memandangkan lebih 3000 kes keganasan rumah tangga dilaporkan setiap tahun sejak tahun 2000.
Tapi apa yang kita selalu terlepas pandang ialah kesan psikologi keganasan rumah tangga kepada anak-anak.
Wartawan Shafizan Johari menemu bual seorang lelaki, yang mendakwa dibesarkan dalam sebuah keluarga, di mana bapanya selalu angkat tangan ke atas ibunya.