Seorang lelaki bersenjatakan parang mati ditembak ketika cuba menyerang tiga anggota polis di Taman Muhibbah, Kajang petang Jumaat.
Dalam kejadian 2.51 petang itu, suspek warga tempatan berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang kira-kira empat jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata sebelum insiden itu, suspek dikatakan menyerang dua lelaki di kawasan tersebut.
"Polis menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung insiden itu dan tiga anggota polis terus ke lokasi kejadian dan pergi ke rumah suspek melalui maklumat yang diterima.
"Sebaik tiba di rumah suspek, ketiga-tiga anggota tersebut memperkenalkan diri sebagai anggota polis namun secara tiba-tiba lelaki terbabit menumbuk salah seorang anggota polis berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Othman berkata suspek kemudian memasuki semula rumah berkenaan dan membawa keluar sebilah parang sebelum berlari ke arah anggota polis itu.
"Polis telah mengarahkan suspek berhenti dan menyerah diri tetapi dia terus berlari ke arah anggota polis dan satu tembakan di udara terpaksa dilepaskan sebagai tanda amaran.
"Bagaimanapun, suspek terus mara dan cuba menyerang anggota terbabit sehingga memaksa anggota polis melepaskan tembakan terhadap suspek untuk mempertahankan diri," katanya.
Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 6.55 petang.
"Hasil semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes mendatangkan kecederaan, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, menceroboh serta dadah," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016

Suspek warga tempatan berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang kira-kira empat jam kemudian. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kanak-kanak tujuh tahun maut disyaki didera ibu bapa sendiri
Ibu bapa mangsa yang berusia 30 hingga 40an telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Azan Scan sempat buat persembahan sebelum kena serangan jantung
Azan memberitahu dia sempat membuat persembahan sehari sebelum terkena serangan jantung.

Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis tunggu laporan perubatan budak disyaki mangsa dera
Kes itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat.

Rasuah urus jenazah: Dua penolong pegawai perubatan dipenjara, denda
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua hari bagi setiap pertuduhan kepada kedua-dua tertuduh dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturut-turut bermula hari ini.

APM bantu bawa wanita 200kg positif COVID-19 ke hospital
Proses memindahkan mangsa yang dianggarkan seberat hampir 200 kilogram itu memakan masa hampir sejam.

Lagi kakitangan Hospital Kajang didakwa rasuah pengurusan jenazah
Mohd Fariq bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Keluarga reda pemergian mengejut atlet memanah negara
Bapa Allahyarham, Kamaruddin Yusof, 59, mengakui terkejut dengan pemergian anak keduanya memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat atau mengadu sakit kepada sesiapa.

Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.