Lelaki cuba bunuh diri panjat pintu gerbang diselamatkan

Shaibullah Sabeli
Januari 20, 2018 21:07 MYT
Lelaki berusia 40-an itu berjaya dipujuk dan dibawa turun oleh pasukan bomba.
Tindakan berani seorang lelaki yang memanjat pintu gerbang selain berhasrat untuk terjun dan membunuh diri berjaya dihalang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petrajaya.
Mangsa berusia lingkungan 40-an itu berjaya dipujuk dan dibawa turun dari aras atas pintu gerbang di Kampung Muara Tebas, Kuching kira-kira pukul 3 petang tadi.
Menurut jurucakap JBPM Sarawak, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petrajaya yang diketuai Hazmi Mohamad Edoon telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki berada di atas pintu gerbang kampung tersebut.
"Pihak bomba mengambil masa selama dua jam untuk memujuk mangsa sebelum berjaya dibawa turun dengan menggunakan tangga jentera serta bantuan dari saudara-mara mangsa.
"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
#bomba #bunuh #bunuh diri #Kuching #mangsa #Petrajaya #pintu gerbang #polis
;