Lelaki cedera terkena renjatan elektrik
Hakim Rahman
September 21, 2020 16:18 MYT
September 21, 2020 16:18 MYT
Seorang lelaki cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembaikan bumbung sebuah bengkel di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, pagi tadi.
Mangsa yang berusia 24 tahun itu diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh yang bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat pada pukul 11.48 pagi.
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, mangsa yang berada dalam keadaan lemah diselamatkan dan dibawa turun dari bumbung bengkel berkenaan.
"Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja pembaikan di atas bumbung sebuah bengkel sebelum terkena renjatan elektrik," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa kdikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans Kementerian Kesihatan untuk rawatan.
Katanya, siasatan berhubung punca sebenar kejadian masih dijalankan.