Seorang lelaki warga tempatan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada kira-kira 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya.

Wartawan yang tiba di lokasi kejadian mendapati, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan terlentang di bawah menara masjid dan masih mengerang kesakitan.

Jurucakap bomba dan penyelamat Titiwangsa berkata, berdasarkan saksi, mangsa dilihat memanjat pada bahagian menara untuk naik ke aras bumbung sebelum terjatuh.

Antara video yang dikongsi orang ramai di laman sosial.