Lelaki cedera ditetak dalam pergaduhan
Adie Sufian Zulkefli
Disember 31, 2022 14:13 MYT
Disember 31, 2022 14:13 MYT
KULIM: Seorang lelaki cedera ditetak dalam pergaduhan di hadapan sebuah premis di Padang Serai, di sini, pada Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.10 malam daripada seorang pengadu mengatakan berlaku satu pergaduhan dan seorang lelaki cedera ditetak.
“Mangsa lelaki berusia 50-an cedera di tangan, kepala dan kaki selepas ditetatak beberapa kali.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Redzuan berkata, hasil semakan polis mendapati mangsa tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah.
Katanya, polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan.