Astro Awani logo

Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di Kota Damansara

Bernama
Mac 22, 2025 05:40 MYT
Article ribbon Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di Kota Damansara
Suspek berjaya melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, petang Sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki berkenaan yang memakai topeng muka serta baju berhud mengacukan pistol ke arah pekerja premis terbabit sebelum melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta.
Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan.
-- BERNAMA
#rompak #pistol #kedai emas #Shahrulnizam Jaafar
;