Lelaki berkelakuan tak senonoh dalam tren direman tiga hari

Sinar Harian
Oktober 27, 2018 04:50 MYT
Rapid KL di Facebooknya memaklumkan suspek yang terlibat dalam video tular gangguan seksual di LRT baru-baru ini telah berjaya ditangkap. - Foto Sinar Harian
Lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam tren LRT ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tahanan berkenaan.
23 Oktober lalu, video berdurasi 17 saat yang tular di laman Twitter memaparkan seorang lelaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang dirakam orang awam dalam tren LRT.
Kejadian dilaporkan berlaku di stesen LRT Kelana Jaya menghala stesen LRT Universiti.
Rakaman video tersebut memaparkan seorang wanita bersandar di dinding tren dan seorang lelaki mengadapnya memasukkan tangan di dalam seluar sambil memerhati wanita tersebut.
Daripada paparan rakaman tersebut lelaki itu disyaki melakukan onani dan gangguan seksual terhadap penumpang wanita berkenaan.
Video yang dirakam itu disebarkan dalam Twitter dan mencetuskan tular di media sosial.
Rapid KL di Facebooknya memaklumkan suspek yang terlibat dalam video tular gangguan seksual di LRT baru-baru ini telah berjaya ditangkap oleh polis bantuan di LRT Universiti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Diharap para pengguna yang lain sentiasa mengawasi persekitaran ketika di dalam tren, bas atau di mana-mana sahaja anda berada.
"Jangan asyik dengan telefon saja. Keselamatan anda, sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.
#Facebook #gangguan seksual #LRT #LRT Kelana Jaya #LRT Universiti #Mohd Zani Che Din #polis bantuan #Rapid KL #reman #siasatan #stesen LRT #suspek #tangkap #tidak senonoh #tren #Tular #Twitter #video
;