Lelaki bawa mayat teman wanita serah diri kepada polis

Bernama
Februari 5, 2018 18:05 MYT
Anggota Unit Forensik membuat pemeriksaan ke atas mayat seorang wanita di dalam kereta disyaki dibunuh oleh teman lelakinya di Balai Polis Damansara hari ini. --fotoBERNAMA
Seorang lelaki menyerah diri dengan membawa bersama mayat teman wanita yang disyaki dibunuhnya di Balai Polis Damansara di sini, pada 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata berdasarkan makluman awal, suspek dipercayai membunuh wanita itu di Kota Damansara hari ini.
"Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Damansara bersama mayat teman wanitanya di dalam kereta sebentar tadi.
"Maklumat lanjut akan menyusul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Satu sidang media berhubung kes itu akan diadakan di balai polis berkenaan hari ini. - BERNAMA
#Balai Polis Damansara #bunuh #mayat #Mohd Zani Che Din #serah diri #suspek #teman wanita
;