Lelaki autistik hilang, SAR gagal menemui sebarang petunjuk
Mohd Surfri Affendi
Oktober 10, 2022 09:45 MYT
Oktober 10, 2022 09:45 MYT
LUNDU: Puluhan anggota beruniform serta penduduk kampung digerakkan di sekitar hutan Gunung Bajo di sini bagi mengesan seorang lelaki autistik, yang hilang sejak minggu lepas.
Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) individu yang dikenal pasti sebagai IIyas IIIyasa Bujang
SAR dilakukan secara bersepadu melibatkan anggota Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.
"Tumpuan adalah di kawasan tiga kilometer persegi, dengan pasukan polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan K9 dan dron.
"Bagaimanapun sehingga jam 6 petang Ahad, pasukan SAR masih gagal menemui sebarang petunjuk.
Terdahulu, bomba pada jam 10.09 malam Rabu lalu telah dimaklumkan tentang kehilangan Illias, 21, di sekitar kawasan tersebut.
Kata Henderi, pencarian pada hari Ahad dilakukan oleh sembilan kumpulan pencari, termasuk sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am.