Lelaki autistik hilang 10 hari dalam hutan ditemui selamat

Azizah Alwi
Oktober 15, 2022 12:15 MYT
Lelaki autistik yang dilaporkan hilang ditemui selamat di rumah keluarganya. - Astro AWANI
LUNDU: Selepas 10 hari ghaib, seorang lelaki autistik ditemui selamat dan berjaya kembali ke kediamannya di sini pada Sabtu.
Illias IIIyasa Bujang, 21, ditemui selamat pada jam 8.14 pagi.
Kebimbangan ahli keluarga berakhir apabila lelaki orang kurang upaya (OKU) autistik itu ditemui selamat selepas hilang sejak 10 hari lalu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Putra Ila berkata, pihaknya menerima panggilan dari keluarga mangsa memaklumkan bahawa mangsa kini berada di rumah.
“Mangsa kini berada di rumah keluarga. Tiga anggota Bomba telah bergerak ke rumah keluarga mangsa bagi mengesahkan penemuan mangsa,” ujarnya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira jam 10 malam 5 Oktober lalu di kawasan hutan Gunung Bajo, Lundu.
BACA: Lelaki autistik hilang, SAR gagal menemui sebarang petunjuk
#lelaki autistik #Illias IIIyasa Bujang #hutan #hilang
;