Lelaki amuk hayun galah sabit atas kereta peronda polis ditahan

Amirrul Rabbani
September 8, 2021 04:50 MYT
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video dipercayai oleh orang awam berdurasi 44 saat berhubung kejadian berkenaan. - Sumber foto pembaca Astro AWANI
GOPENG: Polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bertindak agresif dengan menghayunkan galah sabit di atas sebuah kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi tadi, lelaki berusia lingkungan 60an itu ditahan selepas mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang bertindak membuat semburan air ke arahnya sebelum ditahan oleh anggotq polis.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video dipercayai oleh orang awam berdurasi 44 saat berhubung kejadian berkenaan.
Insiden amuk di Gopeng
[LAPORAN LANJUT MENYUSUL]
#lelaki kurang siuman #mengamuk #galah sabit #rakaman video tular