Lelaki 52 tahun maut dipercayai terjun bangunan hospital
Astro Awani
Januari 12, 2014 21:35 MYT
Januari 12, 2014 21:35 MYT
Seorang lelaki berusia 52 tahun maut ditemui berlumuran darah, dipercayai terjun dari tingkat tujuh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Richard Nilliah dari Taman Silibin, ditemui orang ramai di koridor hospital berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati Nilliah merupakan seorang penagih arak dan sedang menerima rawatan di HRPB tetapi sering cuba melarikan diri," kata Chang Keong.