Ledakan tong gas waktu subuh cederakan warga emas, pintu tertanggal
Dewi Nur Harasha Alias
Mei 27, 2019 10:30 MYT
Mei 27, 2019 10:30 MYT
Seorang warga emas cedera selepas tong gas memasak di rumahnya mengalami kebocoran sebelum meledak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ini di Blok F, Lorong Pauh 2, Rumah Pangsa Seri Pauh mengakibatkan mangsa yamg berusia 78 tahun mengalami kecederaan ringan dan dan dihantar ke hospital.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan memaklumkan pihaknya tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.27 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak bomba mendapati berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan ledakan di dalam rumah tersebut menyebabkan mangsa cedera.
Letupan turut menyebabkan cermin tingkap pada bahagian dapur pecah selain kabinet dapur rosak dan beberapa pintu tertanggal.
#bocor
#bomba
#cedera
#Hospital
#kabinet
#letupan
#mangsa
#tong gas meletup
#tong meledak
#warga emas
#warga emas cedera