Lebuhraya SMART dibuka semula petang tadi

Bernama
September 12, 2020 14:32 MYT
Terowong SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas mulai petang tadi. - Gambar BERNAMA
Lebuhraya SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas bermula 6.37 petang tadi selepas ditutup sejak pukul 4 petang Khamis lepas.
"Proses pemeriksaan dan rektifikasi mekanikal serta elektrikal telah dijalankan bagi memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum Terowong SMART dibuka semula kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya itu boleh mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan dengan menghubungi talian SMART 1-300-88-7188 atau layari laman web rasmi di www.smarttunnel.com.my atau laman sosial di twitter @smarttunnel dan "Smart Tunnel" di Facebook.
Lebuhraya SMART ditutup kepada lalu lintas pada petang Khamis lepas bagi membolehkan pengaktifan sistem banjir dan disusuli dengan pelepasan air banjir ke sistem takungan Terowong SMART berikutan hujan lebat di ibu kota.
#air #banjir #banjir kilat #Facebook #Kuala Lumpur #laman sosial #Terowong SMART #Twitter