Lebuhraya SMART dibuka semula
Bernama
Disember 24, 2019 05:42 MYT
Disember 24, 2019 05:42 MYT
Lebuhraya SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 9 malam tadi, selepas ditutup sejak 6.30 petang Isnin.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam kenyataan menyebut penutupan sementara sebelum ini dilaksanakan setelah menerima arahan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk pengaliran lebihan air Sungai Klang dan Sungai Ampang akibat hujan lebat.
"Ini telah menyelamatkan pusat bandar Kuala Lumpur daripada satu lagi banjir besar," menurut kenyataan itu.
Pihak pengurusan SMART turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi para pengguna.
-- BERNAMA
#banjir
#banjir besar
#hujan lebat
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#Lebuhraya SMART
#Maaf
#penutupan sementara
#tutup