Lebuhraya KL-Karak sesak disebabkan penyelenggaraan
Afiezy Azaman
April 18, 2023 11:11 MYT
April 18, 2023 11:11 MYT
KUALA LUMPUR: Kesesakan teruk yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur ketika ini disebabkan oleh penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam kemas kini di akaun Twitter berkata, kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.
Bagaimanapun, pada jam 11 pagi tadi, Anih memaklumkan kesemua lorong telah dibuka dan trafik dijangka beransur pulih.
Difahamkan, kesesakan masih lagi berlaku di laluan terbabit dan kerja-kerja penyelenggaraan itu dikatakan akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga jam.
Sehingga jam 9 pagi tadi, trafik sesak sejauh 11.7 kilometer dari KM20.1 hingga KM31.8 lebuh raya itu arah Timur berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi terbabit.