IPOH: Pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometer (km) akan mula dilaksanakan pada tahun ini selepas proses pemeteraian perjanjian konsesi selesai.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau dimaklumkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bersama WISE sedang mencari tarikh sesuai untuk majlis pemeteraian perjanjian itu.
"Jadi setelah selesai (pemeteraian perjanjian) itu bermakna boleh binalah," katanya pada sidang media selepas Majlis Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di sini hari ini.
Pada 14 Dis lepas, Saarani memaklumkan kerajaan Persekutuan meluluskan cadangan pembinaan WISE selepas beliau dimaklumkan ia dipersetujui mesyuarat Kabinet dengan projek dibangunkan syarikat konsesi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mempercepat pembinaan WISE sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya melibatkan laluan di Terowong Menora.
Lebuh raya WISE sepanjang 60km sebagai alternatif kepada laluan Terowong Menora di PLUS bakal dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, dan seterusnya Kuala Kangsar.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan negeri membuat permohonan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk cadangan pembinaan perumahan bagi generasi kedua masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Beliau berkata perkara itu telah diusulkan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun pada Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) yang diadakan di Kuala Lumpur minggu lepas.
"Kalau kita masuk ke mana-mana kampung Orang Asli, itulah antara perkara (permohonan perumahan generasi kedua) yang sering dikemukakan kepada kita kerana mereka memerlukan rumah yang selesa.
"Bagaimanapun (permohonan pembinaan rumah generasi kedua) bergantung kepada peruntukan kewangan (kementerian) juga.
"Sebelum ini memang ada Projek Bantuan Rumah Orang Asli oleh KKDW diberikan kepada masyarakat Orang Asli iaitu nama mereka (Orang Asli) ada dalam senarai e-Kasih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
![Lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini - Saarani Lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707371940_TBSAARANIAWANI.jpg)
Saarani berkata beliau dimaklumkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bersama WISE sedang mencari tarikh sesuai untuk majlis pemeteraian perjanjian itu. -Gambar fail/Bernama
![Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721601738_JoeBidenKamalaHa.jpg)
Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang
Biden dan Harris perlu dicalonkan secara rasmi oleh konvensyen Parti Demokrat sebagai calon parti untuk presiden dan naib presiden.
![KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721639524_FadhlinaSidek.jpg)
KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengemas kini garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura.
Niaga AWANI: S P Setia rai sambutan ke-50, perbaharui komitmen dan identiti jenama
S P Setia Berhad sebuah syarikat hartanah terkemuka tempatan meraikan sambutan Jubli Emas 50 tahun dengan tema 'Shaping Spaces That Shape Us All' melambangkan janji Setia untuk mencipta ruang hidup berteraskan empat komponen utama.
![KPM siasat majlis sekolah melibatkan syarikat minuman keras KPM siasat majlis sekolah melibatkan syarikat minuman keras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720323661_BangunanKementerian.jpg)
KPM siasat majlis sekolah melibatkan syarikat minuman keras
Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat laporan berhubung majlis kutipan dana di sebuah sekolah yang melibatkan syarikat minuman keras.
Niaga AWANI: Kerajaan komited kurangkan pinjaman bersih
Kerajaan komited untuk mengurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek meningkatkan keupayaan kewangan negara.
“Lega, hari ini boleh tidur lena” - Keluarga pelajar
Keluarga pelajar Malaysia yang terperangkap di Bangladesh meluahkan rasa lega selepas kerajaan menggerakkan pelan evakuasi bagi mengeluarkan semua pelajar negara ini dari negara tersebut.
Jangan tokok tambah kata Wisma Putra tak buat apa-apa
Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak pihak yang menuduh kerajaan ‘tidak buat apa-apa’ bagi membantu pelajar Malaysia yang terperangkap di tengah-tengah rusuhan di Bangladesh.
Kerajaan gerakkan pelan evakuasi, bawa semua rakyat Malaysia keluar
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementeriannya bekerjasama dengan AirAsia bagi membawa pulang sekurang-kurangnya 192 rakyat Malaysia di sana. Pesawat khas ‘wide body’ dengan kapasiti 350 penumpang akan diterbangkan ke sana dan dijadualkan tiba di lapangan terbang di Dhaka pada jam 10 pagi.
![Henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang Henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721641745_LeoQieoXin.jpg)
Henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang
Ibu kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat.
Pelajar Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang
Semua pelajar Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.
![Pembinaan lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan - Saarani Pembinaan lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702529136_TBSaaraniMohamad.jpg)
Pembinaan lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan - Saarani
Kerajaan telah meluluskan cadangan pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometer.