KUALA LUMPUR: Pekerja di seluruh dunia, termasuk di Malaysia kini menjadi penentu dalam pasaran pekerjaan, menurut laporan tinjauan EY2022 Work Reimagined Survey.
Lebih satu pertiga atau 36 peratus responden di Malaysia mengatakan mereka berkemungkinan akan berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang, didorong oleh keinginan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, peluang kerjaya yang lebih baik dan fleksibiliti dalam situasi inflasi yang meningkat, pasaran buruh yang mengecil dan peningkatan dalam pekerjaan yang menawarkan kerja fleksibel.
Tinjauan itu membabitkan lebih 1,500 ketua perniagaan dan lebih 17,000 pekerja di 22 negara, termasuk 50 majikan dan 250 pekerja di Malaysia.
Hampir separuh daripada pekerja Malaysia (44 peratus) berkata mereka akan terus berada di organisasi mereka jika mendapat gaji yang lebih baik. Seramai 26 peratus menyatakan keinginan untuk meningkatkan fleksibiliti atau kerja jarak jauh, dan 24 peratus menyebut kenaikan pangkat sebagai faktor lain untuk kekal di tempat kerja.
Walaupun 22 peratus majikan di Malaysia bersetuju bahawa menyediakan peluang kemajuan dari segi kerjaya adalah satu cara untuk menangani situasi berkenaan, hanya lapan peratus bersedia untuk menyemak daya saing pampasan yang ditawarkan mereka.
Hanya 16 peratus pekerja mencari fleksibiliti kerja jarak jauh walaupun majoriti (95 peratus) mahu bekerja secara hibrid sekurang-kurangnya dua hari seminggu, manakala 72 peratus mengatakan syarikat mereka sedang giat mempromosikan model kerja hibrid bagi menarik dan mengekalkan pekerja.
“Terdapat empat pandangan penting yang boleh diambil tindakan daripada tinjauan itu. Pertama, tawarkan susunan kerja yang hibrid dan fleksibel. Kedua, melabur dalam program kesejahteraan dan meningkatkan imbuhan dan faedah, selain menangani jurang ekuiti. Ketiga, keterbukaan untuk mengambil pekerja dari luar lokasi geografi anda.
"Akhir sekali, majikan harus sentiasa melihat peluang untuk mencipta pengalaman kerja yang lebih baik dengan menyediakan teknologi, kerjasama, produktiviti dan pembelajaran.
"Pekerja Gen Z dan milenial di Malaysia (48 peratus) adalah yang paling berkemungkinan berhenti kerja tahun ini berbanding 9 peratus dalam kategori baby boomer,” kata Low Choy Huat, Ketua dan Rakan Kongsi Khidmat Nasihat Rakyat Asean, Ernst & Young Consulting Sdn Bhd.
Dalam peralihan ke fasa endemik COVID-19, pekerjaan secara hibrid dan menangani isu gaji serta faedah lain menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan pekerja dan majikan.
“Iimbangan kuasa telah beralih daripada majikan kepada pekerja. Majikan kini perlu memastikan bahawa keperluan psikologi, keselamatan, keterikatan dan peribadi pekerja mereka diberi penekanan yang cukup kerana ini bukan lagi permainan nombor.
"Selain daripada menaikkan skala gaji, syarikat kini perlu menjaga kesejahteraan pekerja dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, sama ada yang bekerja di rumah atau di pejabat," tambah Low.
Astro Awani
Thu Aug 04 2022
Lebih satu pertiga atau 36 peratus responden mengatakan mereka berkemungkinan akan berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang. - Gambar fail
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.
Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.
Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.
Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.
Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.
Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.
Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.