Lebih RM2 bilion dibelanjakan untuk operasi SKM

Hafiz Marzukhi
Oktober 24, 2017 18:12 MYT
Kerajaan membelanjakan lebih RM2 billion setahun untuk mengendalikan operasi Sekolah Kurang Murid (SKM).
Kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion setahun untuk mengendalikan operasi Sekolah Kurang Murid (SKM).
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kos pengoperasian bagi SKM adalah lebih tinggi berbanding kos operasi sekolah biasa.
"Tinjauan analisis menunjukkan kos pengoperasian bagi sekolah yang mempunyai enrolmen sebanyak 150 pelajar adalah RM67,130.65 bagi setiap murid untuk setahun.
"Ini berbeza berbanding RM5,321.84 bagi setiap murid di sekolah biasa" kata Mahdzir dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ahli Parlimen Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad bagi menguruskan SKM di seluruh negara.
Tambah Mahdzir, ini seterusnya akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan serta mengelak pembaziran.
#Datuk Seri Mahdzir Khalid #Dewan Rakyat #kerajaan #Menteri Pendidikan #Parlimen #pendidikan #sekolah #Sekolah Kurang Murid
;