KENINGAU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan lebih RM1.2 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) seluruh negara dalam usaha menyediakan sistem perhubungan luar bandar ke bandar lebih sempurna, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata program JALB dilaksanakan selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) untuk memperbaiki, memperluas dan mempertingkatkan rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.
"KPLB menyasarkan untuk memperluas 100 peratus liputan prasarana asas di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan 80 peratus di kampung-kampung di Wilayah Sabah dan Sarawak.
"Bagi tujuan berkenaan pada tahun ini sahaja lebih RM306 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan luar bandar bagi Sabah dan lebih RM221 juta untuk Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon - Kampung Simbuan, Sook, di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Kurup dan Timbalan Menteri KPLB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon - Kampung Simbuan, Sook, Keningau, telah diluluskan di bawah Pelan Pusingan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP-2, RMK12) tahun ini dengan kos RM152 juta.
"Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 20 kilometer dengan lebar berturap 6.5 meter mengikut piawaian JKR R2 dan agensi pelaksananya adalah JKR Sabah.
"Jajaran jalan ini juga akan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Sook dan Pekan Keningau serta menghubungkan 13 kampung, tiga sekolah, klinik, rumah-rumah ibadat dengan anggaran jumlah penerima manfaat adalah seramai 2,000 orang," katanya.
Mahdzir berkata proses tender bagi projek menaik taraf itu dijangka dilaksana pada hujung bulan ini dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun hadapan.
"Dengan pembinaan projek ini, ia akan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung," katanya.
Projek itu juga kata Mahdzir lagi, dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan, lebih selamat selain mampu menjana peningkatan ekonomi setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
MAHDZIR: KPLB menyasarkan untuk memperluas 100 peratus liputan prasarana asas di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan 80 peratus di kampung-kampung di Wilayah Sabah dan Sarawak. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Hakisan pantai: Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil'
Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil' akibat hakisan pantai yang semakin kritikal, khasnya apabila monsun timur laut tiba.
Senarai calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung Jan
Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 pada kongres badan induk itu yang dijadual berlangsung 15 Feb depan akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Kerajaan masih perlu pastikan penggunaan dana rakyat berhemah
Kerajaan MADANI akan memberikan kerjasama penuh sekiranya usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa yang sama, harus memastikan harus memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa yang sama, harus memastikan harus memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Op Pedo: PDRM, MCMC giat usaga kesan individu miliki, edar bahan lucah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mempergiatkan usaha mereka untuk menjejak individu yang memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.