Lebih pekat berbanding biasa, susu Marigold HL 200ml, 1 liter ditarik balik

Astro Awani
Oktober 17, 2016 21:58 MYT
Pelanggan menyatakan produk susu Marigold HL perisa cokelat lebih pekat berbanding biasa.
Malaysia Milk Sdn Bhd mengambil langkah pencegahan dengan menarik balik produk susu Marigold HL (200ml & 1 liter) secara sukarela selepas mendapat maklum balas pelanggan yang menyatakan produk susu Marigold HL perisa cokelat lebih pekat berbanding biasa.
Dalam satu kenyataan media yang turut dimuat naik di laman Facebook, Malaysia Milk berkata walaupun secara khususnya ia melibatkan susu berperisa cokelat, ia akan menarik balik produk seperti berikut:
Selain itu, ia juga berkata hanya produk dengan tarikh luput 7 November (Semenanjung Malaysia) dan 11 November (Sabah, Sarawak dan Labuan) akan ditarik balik.
"Pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pengilangan kami telah pun mengenal pasti punca masalah tersebut dan telah menyelesaikannya.
"Para pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan supaya memulangkannya kepada Malaysia Milk untuk diganti semua," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Mereka juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berkata aspek kesihatan dan keselamantan pelanggan merupakan keutamaan mereka.
#Marigold HL #produk ditarik balik #susu
;