PASIR MAS: Lebih 500 kenderaan yang cuba memasuki negeri ini telah diarah berpatah balik semalam kerana tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Beliau berkata jumlah berkenaan direkodkan sepanjang tempoh 12 tengah malam sehingga 5.00 petang semalam di tiga laluan masuk utama ke negeri ini iaitu di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.
Selain tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri, Shafien berkata terdapat segelintir pengguna jalan raya yang hanya membawa surat rentas negeri tanpa pengesahan mana-mana balai polis,yang sengaja dilakukan dengan tujuan ingin mengaburi pihak berkuasa.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Bunut Susu, di Sekolah Kebangsaan Penggu, di sini bersama Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M. Nasir awal pagi tadi.
Mengulas mengenai PKPD Mukim Bunut Susu, Shafien berkata lebih 100 anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan bertugas mengawal tiga lokaliti kawasan yang mempunyai jumlah penduduk lebih 1,800 itu.
"PKPD Mukim Bunut Susu melibatkan tiga lokaliti yang agak luas dan memerlukan ramai anggota untuk mengawal. Anggota yang terlibat akan bertugas mengawal pergerakan masyarakat termasuk di lebih 30 laluan kecil atau 'lorong tikus'.
"Tujuan PKPD ini juga adalah untuk memudahkan petugas kesihatan membuat ujian saringan COVID-19, kalau rakyat beri kerjasama maka kita dapat buat cepat dan terima keputusan, saya harap masyarakat di sini berilah kerjasama untuk memudahkan urusan," katanya.
BACA: Cubaan balik beraya di Kelantan gagal, lebih 100 kenderaan diarah patah balik
Sebagai rekod Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas di Mukim Bunut Susu dikenakan PKPD berkuat kuasa hari ini hingga 22 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021
Shafien (kanan) meninjau sekatan jalan raya di Jalan Bunut Susu, Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, malam tadi. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian
Jenama kereta China dijangka akan menguasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 dan pada masa itu, mereka akan menjual sembilan juta kenderaan setahun di luar China.
Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari
Sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.
Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.
Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan
Pengusaha perlu membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan minyak mencukupi bagi kegunaan semua kenderaan.
Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan
Daihatsu telah mentauliah siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian.
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
Orang awam diminta beri maklumat berkaitan bahan letupan tercicir
Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lepas.