Lebih 400 pengusaha spa, urutan kaki terima bantuan 'one-off' RM1,000 - MOTAC

Bernama
Ogos 18, 2021 17:24 MYT
MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Lebih 400 pengusaha spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK) disasarkan menerima bantuan kewangan RM1,000 secara one-off menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mereka adalah pengusaha spa dan PUK yang bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf MOTAC iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) serta Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA).
Pengusaha yang layak boleh memohon secara dalam talian di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai esok sebelum permohonan ditutup pada 6 Sept ini.
"MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini bagi meringankan beban yang dihadapi akibat pandemik C0VID-19," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 pengusaha spa bernaung di bawah AMSPA dan 269 pengusaha PUK di bawah MAWSPA.
-- BERNAMA
#SPA #urut #pusat urutan kaki #MOTAC #bantuan #one-off #Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya #Persatuan Spa Malaysia #AMSPA #Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia #MAWSPA
;