Lebih 30% rakyat Malaysia hidap darah tinggi
Astro Awani
Mac 15, 2013 08:01 MYT
Mac 15, 2013 08:01 MYT
Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dikenalpasti menghidap penyakit darah tinggi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah itu dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam di kalangan rakyat Malaysia.
Secara purata penduduk di negara ini megambil 8.7 gram garam sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding kadar yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam kajian yang dilakukan , mendapati kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi.
Manakala kaum lelaki mendominasi berbanding wanita wanita.
Bagi mengekangnya, orang ramai dinasihat mengurangkannya selain melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin.
Pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah yang berkait rapat dengan penyakit darah tinggi.
Lebih teruk ia juga boleh menyebabkan strok.