Lebih 30 mangsa banjir dipindahkan di Kamunting

Nazialita Geynna Maharan
Mac 28, 2017 23:30 MYT
Dianggarkan lebih daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Changkat Larah bersama dengan mangsa banjir lain. - Foto Astro AWANI
Dianggarkan lebih 30 penduduk dari sekitar kawasan perumahan Changkat Larah di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) berikutan banjir kilat yang mula melanda sekitar 8 malam tadi.
Difahamkan, paras air mula meningkat di sekitar kawasan perumahan terbabit yang berhampiran dengan kawasan perparitan sejak petang lagi dan masih belum surut sehingga pukul 10 malam.
Ketika ini, dianggarkan lebih daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Changkat Larah bersama dengan mangsa banjir lain dan dipantau oleh anggota sukarelawan banjir.
ADUN Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria antara yang telah membuat tinjauan di pusat pemindahan banjir terbabit bersama dengan anggota Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO serta beberapa agensi terlibat.
Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri turut meluangkan masa memastikan segala kelengkapan mangsa banjir kilat tersedia di dewan tersebut.
#banjir kilat #kamunting #mangsa banjir #PPS #Pusat Penempatan Sementara
;