Lebih 30 berkumpul bantah pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman
Hilal Azmi
November 29, 2018 12:44 MYT
November 29, 2018 12:44 MYT
Kira-kira 30 penganut Hindu dari kuil sekitar Lembah Klang berkumpul dan membawa sepanduk di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman bagi menyatakan bantahan terhadap pemindahan kuil berkenaan.
Menurut Eshrari Subramaniam dari Pertubuhan Malaysia Tamilar Munetra Kalagem, mereka mahu kuil ini terus berada di situ dan bukan dipindahkan.
“Jadi kami datang beramai-ramai untuk nyatakan bantahan dan mahu kerajaan kekalkan tapak kuil ini,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
#Eshrari Subramaniam
#kuil
#kuil sri maha mariamman
#penganut hindu
#Pertubuhan Malaysia Tamilar Munetra Kalagem