Lebih 3,000 rakyat sambut Sultan Ibrahim pada Jamuan Teh di Pontian

Bernama
Disember 11, 2023 21:42 MYT
Sultan Ibrahim berangkat tiba pada 3.30 petang dan meluangkan masa kira-kira sejam bermesra dengan rakyat sebelum dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan. - Gambar Bernama
PONTIAN: Lebih 3,000 rakyat di daerah Pontian dan sekitarnya menyambut keberangkatan tiba Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, di sini hari ini.
Sultan Ibrahim berangkat tiba pada 3.30 petang dan meluangkan masa kira-kira sejam bermesra dengan rakyat sebelum dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.
Turut berangkat anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim serta suaminya, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai kerajaan.
Jamuan Teh Bersama Rakyat ini merupakan majlis yang ketiga selepas diadakan di Muar dan Mersing, seterusnya akan diadakan di Kluang pada 14 Dis ini.
-- BERNAMA
#Sultan Ibrahim #jamuan teh #Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat #Pontian
;