Lebih 23.6 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam - Dr Adham

Bernama
Ogos 7, 2021 01:15 MYT
Vaksinasi harian mencatatkan 447,035 dos diberikan pada Jumaat dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua.
"Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka," katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 6 Ogos 2021 ialah 23,608,290 dos. 447,035 dos pada 6 Ogos. Dos 1 : 187,756 Dos 2 : 259,279 Jumlah yg terima dos pertama ialah 15,350,180 orang. Daripada jumlah itu, 8,258,110 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/eDR91ACRmv

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Adham Baba #dos pertama #dos kedua #COVID-19 #vaksin #pandemik #PICK #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #suntikan