Lebih 200 ribu pelajar IPT layak mengundi

Astro Awani
Januari 27, 2013 02:14 MYT
Dianggar lebih 200 ribu mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.
Bedasarkan jumlah itu, 14 ribu daripadanya merupakan ahli UMNO.
Mereka layak terlibat secara lansung dalam proses demokrasi selaras dengan pindaan akta university dan kolej university (AUKU) 1971.
Namun Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berpendapat golongan mahasiswa perlu mengutamakan kecemerlangan akedemik.
Tambah Razali, pindaan AUKU yang dibuat seharusnya dimanfaatkan sebaiknya memandangkan mahasiswa kini dibenarkan untuk bergiat dalam politik secara serius.
#AUKU #Datuk Razali Ibrahim #mahasiswa #UMNO